05 Oktober 2015 ( MRS Manjung, Perak ) - satu lawatan kerja dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) ke Mahkamah Syariah Daerah Manjung, Perak yang diketuai oleh YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim selaku Ketua Pendaftar bersama-sama 25 orang pegawai termasuk hakim-hakim syarie, pendaftar, pegawai sulh, pegawai penyelidik dan penolong pendaftar . Peserta lawatan telah disambut oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak iaitu Tuan Abdul Rahman Bin Thobroni bersama Hakim Mahkamah Syariah Manjung dan Kakitangan Mahkamah tersebut. Taklimat mengenai pengurusan dan perkongsian mengenai perlaksaan EKSA dan ISO telah disampaikan sendiri oleh Tuan Mohd Esham Bin Abdul Samad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Sepanjang sesi taklimat tersebut, pelbagai maklumat telah dikongsikan untuk rujukan dan makluman semua peserta lawatan ini. Setelah selesai taklimat dan sesi soal jawab, para pe