Posts

Showing posts from 2016

KURSUS AUDIT EKSA MSWP

Image
Seramai 32 orang telah mengikuti Kursus Audit EKSA dengan jaya pada 27-28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilantik oleh MAMPU  iaitu Puan Kamaliah Binti Kassim. Kursus ini dibuat bagi memantapkan ilmu pengauditan dikalangan auditor yang dilantik serta mendapatkan info-info baru yang berkaitan dengan audit EKSA. Kursus dua hari ini juga sempat diselitkan demonstrasi bagaimana hendak mengaudit satu-satu tempat dan kawasan yang dipilih. Apa yang penting dalam mengamalkan EKSA ialah kawasan yang bersih, selamat dan menepati standard of prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Tidak perlu terlalu banyak tampalan dan ‘unsur kreativiti yang bersifat tidak profesional’. Ini kerana, mahkamah adalah sebuah tempat yang bersifat professional dan berimejkan korporat, maka kreativiti yang ingin dipamerkan perlulah bersifat pro

LAWATAN EKSA KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA

Image
Baru-baru ini Jawatankuasa EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada 03 haribulan November 2015. Bermatlamatkan MSWP ke arah Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA, lawatan ini bertujuan untuk menambah idea yang kreatif dan berinovasi dikalangan kakitangan MSWP untuk merealisasikan objektif EKSA itu sendiri.  Seramai lebih 20 orang kakitangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dipilih untuk lawatan ini. Sesi penerangan oleh pihak KKM pada sebelah pagi menjelaskan suasana kerja yang kondusif yang diamalkan oleh mereka  Selain itu, kakitangan MSWP dibawa ke beberapa tempat di sekitar bangunan KKM seperti bilik Pegawai, pejabat am kakitangan, tandas, pantri, ruang legar, bilik rekod dan sebagainya. Penambahanbaikan struktur pejabat dan operasi di KKM memberikan peluang kepada kakitangan MSWP agar berjaya mempraktikkan budaya EKSA serta mencapai objektif MAMPU.  Idea kreatif dan