KURSUS AUDIT EKSA MSWP

Seramai 32 orang telah mengikuti Kursus Audit EKSA dengan jaya pada 27-28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilantik oleh MAMPU  iaitu Puan Kamaliah Binti Kassim. Kursus ini dibuat bagi memantapkan ilmu pengauditan dikalangan auditor yang dilantik serta mendapatkan info-info baru yang berkaitan dengan audit EKSA. Kursus dua hari ini juga sempat diselitkan demonstrasi bagaimana hendak mengaudit satu-satu tempat dan kawasan yang dipilih.

Apa yang penting dalam mengamalkan EKSA ialah kawasan yang bersih, selamat dan menepati standard of prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Tidak perlu terlalu banyak tampalan dan ‘unsur kreativiti yang bersifat tidak profesional’. Ini kerana, mahkamah adalah sebuah tempat yang bersifat professional dan berimejkan korporat, maka kreativiti yang ingin dipamerkan perlulah bersifat professional dan korporat.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

LAWATAN EKSA KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA